Reunion 3 Bijaksana :')
Friday, 16 November 2012 | 05:40 | 0 comments
Assalamualaikum! :D Lama tak post kan? :') Rindunyaaa blog nihhhhh. Fuhhhhhh Fuhhhhhhhh :D Berhabuk pulaa :') Hahahahaha :'DEhem ehem.. Nak mula dah ni ;)
Ni entri saya selepas sekian lama menghilangkan diri. *eceh*
Pada 7 November 2012 yang lalu, 3 Bijaksana dah buat jamuan. Mungkin itu yang terakhir. Dan kami takkan jumpa untuk tempoh waktu yang panjang. *melainkan kalau yang dorang tuhh berjiran :)*
Apa yang saya nak cakap, saya rindu mereka :'( Ya Allah, sangat sangat sangat merindui suasana belajar dalam kelas, bergurau senda, menangis, celoteh yang tak ada noktahnya. :') Ya. Mungkin nanti takkan ada lagi suasana yang sebegini. Takkan ada lagi gelak tawa yang sangat riang. Takkan ada lagi yang bergurau senda. Takkan ada lagi yang menangis. Dan takkan ada lagi celoteh yang mengembirakan hati lagi :'( Saya bersyukur sangat sangat kerana dapat mengenali mereka dalam tempoh masa 10 bulan lepas. Walaupun tempoh masa tu terlalu singkat, tetapi banyak kenangan yang dah melekat dalam otak ni. :') Allah memberi kita peluang untuk bersama kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Setiap pertemuan antara kita, akan ada perpisahan yang datang. Pertemuan kita dulu mungkin ramai yang tak bertegur sapa. Mungkin malu yang menguasai diri yang menyebabkan kita lambat mengenali hati setiap pelajar 3 Bijak. Tetapi, bila kita dah mula mengenali antara satu sama lain, Allah telah pun menetapkan kita untuk berpisah pada saat ini. Dan pada saat ini, barulah kita mengerti apa erti sahabat. :') Ya Allah, andai ini kali terakhir aku dapat menatap wajah mereka satu persatu, sampaikanlah salam rinduku pada mereka. Peliharalah mereka ya Allah. Semoga mereka dapat kebahagiaan didunia dan diakhirat. Amin :') Fyna selalu berdoa agar kita dapat tetap bersama tahun depan. :') Dan semoga tahun depan juga menjadi bukti persahabatan kita untuk kali kedua. :') Sebak bila mengenangkan sesi pembelajaran kita. Macam macam yang sudah jadi dalam kelas 3 Bijak. Kita pernah buat cikgu merajuk dengan kita, kawan kawan sekelas bergaduh, bercinta dengan rakan sekelas, beli nasi lemak then makan dalam kelas ramai ramai. Ya Allah, rindunyaa semua tuhhhh. :') Yang paling fyna rindu kita makan nasi lemak ramai ramai. :') Hahaha. Najmi, Pejal, kadang kadang Bob sanggup keluar sekolah semata mata nak beli nasi lemak yang dah dipesan. :'D Hahaha. Berkongsi bekal nasi goreng yang Kechik Aina bawaa, Wanie bawaa. :') Bergosip dalam kelas. Menganjing kawan kawan sekelas. Macam macamlah :') Rindu nak buat semua tuhh lagi. :'( Bila ada masalah, semuanya rujuk dekat doktor pakar cinta, Acha :') Hehehe :') Bila teringat semua tuhh, rasa sebak semakin menebal sehingga sudah tiada air mata yang nak mengalir.
Kawan kawan,
Fyna selalu berdoa agar kita dapat bersama tahun depan. Semoga kita dapat sekelas lagi tahun depan. Rindu nak bergurau dengan korang. Rindu nak menangis dengan korang. Rindu nak berkongsi masalah dengan korang dan rindu segala galanya dengan korang :') Semoga kita dapat bersama lagi. Amin :')
![]() | |||
| Sebahagian penghuni 3 Bijaksana 2012 :') |
![]() |
| Semoga kita dapat berkumpul bersama macam ni lagi satu hari nanti. Amin :') |
Sekian dari saya :')
Fynaa Saufi :')







