Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Dan Batin :D
Tuesday, 14 August 2012 | 00:59 | 0 comments
Assalamualaikum...Hi!...
Hari ni dah masuk hari ke 25 Ramadhan. Sekejap sangat masa berlalu. :') Ya! Ramadhan tahun ni ramadhan paling seronok yang aku pernah lalui. :D Sangat seronok. Dalam banyak banyak bulan yang aku lalui, bulan ramadhan jugak yang dapat menenangkan hati dan minda aku *eceh! Ayat dia* Kalau nak diikutkan tahun ni aku banyak menangis. :'/ Aku banyak ketawa :')
Okay. Taknak mengarut panjang panjang. Takut ada yang malas nak baca sampai bawah bawah. :)
Sebelum cuti raya haritu, aku ada ambil exam. TRIAL PMR. Are you remember? Entry aku yang sebelum ni? Ya! Pasal tu. Sekarang dah dapat result. Alhamdulillah... Setakat ni tak ada yang gagal. :') Ada paper yang aku belum dapat. Paper yang aku dapat :-
=> BM : 73 % (Belum boleh puas hati. Turun dari exam pertengahan tahun haritu. So sad :'/)
=> SC : 47 % (Alhamdulillah. Exam haritu aku fail. Trial ni aku dapat jugak lulus. Walaupun cukup cukup makan.)
=> GEO : 47 % (Tak puas hati! Why markah aku rendah?! Ergh! Tension!)
=> SEJ : 50% (Naik dari exam lepas. But aku tak puas hati. Try again.)
=> KHB(ERT) : 78 % (Alhamdulillah. :') Syukur sangat sangat)
Paper yang aku tak dapat lagi MATHEMATICS, PENDIDIKAN AGAMA and ENGLISH. Hope aku dapat skor 3 paper tu. :') Amin! :')
Rabu ni, last jumpa kawan kawan before cuti raya. Ergh! Gembira dalam duka. Pelik? Ya! Sangat pelik. Aku nak sangat cuti tapi aku taknak cuti. Macam mana tu? Hm... Biarlah benda tu. Tak payah fikir. Pening tak pasal pasal. Rabu ni, aku dah janji dengan Wanie. Nak buka puasa dekat Kajang. Yelah. Khamis tu tak jumpa dah. Minggu ni, minggu last puasa. So, aku nak iftar dengan Wanie untuk kali ketiga. :') Masa bincang bincang dengan Wanie, tiba tiba muncul pulak idea nak bawak Misbahul sekali. :) Sebab haritu, Misbahul cakap dengan kita. Dia kata dia teringin nak iftar sama sama. So, kita nak ajak Misbahul. :) Kita cakap dengan dia. Dia kata dia nak bodek mak dia pulak. Hm. Hope dapat pegi. Tau! :) Hari isnin haritu, dia bagi tie. :) Dia suruh pegang. Dia kata kalau rindu pegang tie dia. :) Awak, awak. Nak tahu satu rahsia tak? Kita selalu pegang tie awak sebab kita selalu rindu awak. Huu :) Shuuuuyhhh! Jangan cakap dekat sapa sapa. Kita kita jea yang tahu. Haha *fyna benggong* Misbahul, kita memang selalu rindu awak pun. Tie awak tu jangan risau. Kita pegang elok elok kay. 143!:)
Haish! Fyna! Cerita apa kau buka tu? Huih. Lari dari tajuk tahu. Tapi takpa. Sekadar berkongsi. Kan? :) Haha! Ehh? Raya ni kome semue balik mana? Kita balik Kelantan. Wuuuuu! Miss you Kelantan! Rindu nak pegang duit banyak banyak. Itu yang sebenarnya. Haha! Biasalah. Orang Kelantan ni kayo kayo belako. Kannn? Kantoi kat situ. Haha! Tapi sebelum balik Kelantan, aku balik Sabak Bernam. Yelah! Kenalah balik sana. Baju raya semua kat sana. Takkan nak kelik Kelate terus? Haih! Ehh? Ehh? Theme kita tahun ni warna Purple! Yeeee! My Favourite Colour! Pandai Mak Ngah pilih warna. Baju raya aku warna purple polka dot dengan warna krim. Ya! Raya sakan aku tahun ni. Maybe. Sebenarnya tahun ni rasa sangat kehilangan orang yang disayangi. Aku rindu arwah tok ayah, arwah cik duan, arwah cik nuar. Sangat merindui mereka. Al-Fatihah. :'| Rasa macam baru semalam bergurau dengan Tok Ayah. :'| Lama sangat tak nampak arwah sampai terlalu rindu dekat dia. :'| Masa arwah meninggal, aku dengan abah balik kampung. Kita orang sampai lambat dan tak sempat tengok jenazah. Cik Man cakap masa arwah meninggal, muka dia nampak sangat dia sedang bahagia. Dia sempat mengukirkan senyuman. Ya Allah. :'| Rindunya aku dekat Tok Ayah. Arwah Cik Duan pulak meninggal masa aku form 2. Itupun aku tak sempat tengok. Dia meninggal sebab sakit. Aku, mak dengan adik beradik yang lain tak balik. Cuma abah, Mak Uda, Mak Usu dengan Mak Ngah. :'| Arwah Cik Nuar meninggal masa aku darjah 1. Seingat aku masa tu, aku baru balik sekolah. Tiba tiba abah datang amek aku balik sekolah. Dengan muka sedih. Masih terbayang wajah abah ketika itu. :'| Siapa tak sedih kehilangan seorang adik yang berada dibawah tanggungannya? :'| Cik Nuar tinggal dengan aku. Aku kehilangan pakcik yang tak kurang rapat dengan aku. Arwah Cik Nuar meninggal sebab ditikam. Dia terlibat dengan pergaduhan. Aku tak sempat jumpa jenazah sebab masa tu jenazah dah siap dimandikan dan dikafankan. Tinggal nak dibawa balik ke kampung halaman. Sedih bila ingat balik peristiwa tu. Aku sempat tengok jenazah dikebumikan. Sejak kehilangan Cik Nuar, aku tak rapat dengan pakcik pakcik aku. Tapi bila Pak Usu jadi orang baru dalam keluarga dekat Kelantan, dialah pakcik yang paling rapat dengan aku. Segala masalah, berita gembira, aku cerita dekat dia. Macam macam aku cerita dekat dia. Pasal Misbahul pun ada :') Yelah! Alang alang ada yang nak mendengar, kita cerita jelah. Kan? Mudah mudahan raya tahun ni menjadi raya yang paling indah walaupun kehilangan insan insan yang disayangi :') Ya! Aku kena kuat. :') Al-Fatihah untuk arwah Tok Ayah (Harun b Jaya), arwah Cik Duan (Riduan b Harun) dan arwah Cik Nuar (Anuar b Harun) Walaupun dorang ni keluarga tiri aku, aku tetap sayang dorang. Atuk kandung aku pulak tengah sakit sekarang ni. Ya Allah, banyaknya ujian untuk keluarga ni. Semoga Tok Lah cepat sembuh. Amin!
Okaylah. Rasanya cukup sampai sini. Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada Aswannie, Elissa, Amira, Nabila, Nazirah, Alya, Fatihah, Mauliza, Syahidah, Syamiha, Husna, Aina, Aina'a, Eirna, Zahira,Hafizzudin, Imran Najmi, Saifullah, Azim Fahmie, Hazim Ihsan, Imran Johan, Zamir, Amer Khan, semua budak lelaki 3 Bijaksana, semua budak perempuan 3 Bijaksana, Tok Mek, Mak Usu, Pak Usu, Mak Uda, Pak Uda, Pak Ngah, Mak Ngah, Mak Long, Pak Long, Zahir, Khairunnisa, Hakim, Syahmi, Syamil, Kak Amie, Kak Fizi@Acik, Kak Fara@Angah, Kak Faizah, Kak Fatin, Abg Faiz, Abg Faizal, Zana, Cik Yanti, Cik Linda, Paman Isam, Paman Man, Paman Lan, Wak Ndong, Wak Nie, Mak Non, Abah, Mak, Nana, Angah, Acik, Misbahul <3, Mirul, Harris, Khairuddin, dan semua yang aku kenal. :)
Okay, Byebye! Assalamualaikum :)
Labels: Fynaa Pendek





